Lilypie Kids Birthday tickers

GenGs BloGs

Jul 2, 2011

Memasak dan Lelaki...Fakta ke Auta??




Haaa...Korang pernah tgk x rncgn Iron Chef.


Lau xslh aku semua tukang msknya adalah lelaki...but nak kongsi ckt fakta ttg llaki yg aku dpt

 kat tenet ni..

Tp xtaula akan kebenarannya...^_^

...................................................................................................................................

1) 99.9% lelaki amat pandai masak kari…..tapi megi kari saja la.

2)Lelaki kadang2 memang suka memasak….tapi amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk...

3)Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah… bukan main bising lagi.

4)Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju…pastu, sambil isap rokok plak…

5) Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak telur masin…

6)Jika seorang lelaki yg rajin memasak, anda akan dapati gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna api yg kuat…cepat sikit masak.

7)Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri…

8) Dan lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seorang lelaki..tetapi peng’komplen’ nombor satu jika makanan itu di masak oleh wanita.

Tapi kan banyak sebab kenapa lelaki ni tiba-tiba datang lak rajin dia nak memasak. Antara sebab sebab lelaki memasak:

  1. Malas nak pegi kedai ( sbb kedai jauh )
  2. Hampir-hampir pokai ( akhir bulan katekan )
  3. Nak menghabiskan stock makanan yang dah nak expired (xslalu mskkan...^_* )
  4. Mental theraphy
  5. Konon konon nak practice…nanti buleh amik hati pasangan ( yang ni buang tebiat )
But...xsemua kan macam tu..sesetengah jer.. Dah kawin t ok la tu. Pndai2 la tlg wife msk kat 


dapur..xpun tlg jg anak..Sian wife wat keje umah sesorang.. Tp yg peliknya,kebanyakkan chef 


yang ada adalah lelaki. Terang2 lau kt tgk kat Malaysia ni..CHef Wan..haaa..kan..So xsmua llaki


 mcm tu.. Mcm abg aku jgk,dia mls nk msk tp lau sekali dia msk..urrmm..sedap. Itulah yg


 dikatakan kelebihan and kekurangan yang di berikan kan.. BERSYUKUR~ Apepun terpulang


 pd diri individu itu sendiri.. Ni juz fakta je..xde kaitan dgn sape2... Lau nnt aku dpt suami yg


 pndai msk tu bersyukur sgt..

Have Fun..Chill~

Read more...

Nak Tahu Tak..? Jomm....


Nak tau x?
Kanak-kanak menghabiskan lebih banyak masa mempelajari tentang kehidupan melalui media terutamanya tv. Secara purata seorang kanak- kanak menghabiskan kira-kira 28 jam seminggu menonton tv, dua kali ganda lebih banyak daripada masa mereka di sekolah. 






Inilah yang dikatakan budak2 zaman skrg... Teknologi telah merubah segalanya.. 

Mana tak nya semakin juga ramai anak-anak yang memakai cermin mata seusia 5 tahun


 kebanyakannya? haaa..

........................................


Manakala......

Ada tiga jenis manusia di muka bumi ini. 
Pertama - belajar daripada pengalaman sendiri; mereka ini dikatakan bijak dan berpengalaman. 
Kedua - mereka belajar daripada pengalaman orang 
lain; mereka ini dikatakan cerdik dan dapat menikmati kegembiraan
 
dalam hidup. 
Ketiga - mereka yang tidak belajar daripada pengalaman 
sendiri mahupun orang lain; mereka inilah yang hanyut dengan
 
kebodohan sendiri.
 

Sebenarnya...pengalaman adalah guru yang terbaik dalam idup kita yang mengajar kita erti kehidupan yang sebenar serta mengajar kt untuk lebih berhati2 meniti hari esok... ^_^


Read more...

Jun 29, 2011

~ :: JodoH :: ~

Minggu lepas..aku g la paso lambak.. Jalan2 dgn mak n adik aku,cari buah-buahan  n brg2 dapur. Pas beli buah-buahan, aku xlarat nk angkat. N then kol adik aku suh bwk keta g gerai buah ni ambik aku dgn mak. Mak kate nak beli selipar tp xlarat nak angkat buah2an tersebut. So,mak suh aku tinggal kat cnie smbil tgu adik aku. Mak pergila ke gerai menjual selipar2. Tgu punyer tgu adik aku pun smpai.

"Mak mane?" Adik aku bertanya.


"Mak g beli selipar. Jom g kedai depan cari mak. Risau lak mak sorg2." aku mengarah adik.

Cari punyer cari..ermmm..mak xdijumpai n dikesan di mana..jeng3...Pusing la 2 3 kali kat paso tu.. Dalam aty dh risau memacam. Mana mak ni..Aduh...Pe jd kat mak..Semua kedai selipar yg aku terjah, xnmpk pulak kelibat mak..Aduuhhh...Merungut aty aku..

"Mak...Mak....Makkk...." Mengaduh hati aku..Risau bagan...

Mana mak ni..Janganlah ape2 terjadi kat mak..Aku berpecah dgn adik aku..sorg ke bahagian blkg..sorg ke depan. Haaa...akhirnya adik aku yg jumpa..

Alhamdulillah...

Mak mula membebel... Toing3~~ Aku yg degil,mak suh tgu kat gerai buah td yg aku g jalan2 cari mak lak knp..Haaa..Ambik kaooo..huhuhu...

Tp bkn tu yg aku nk cter sbenarnya..xde kaitan dgn tajok pun..huhuhu
....................................................................................................................................................................
Nak dijadikn cter..mse tgh cari mak tu aku terserempak la dgn kwn aku mse skolah rendah dlu.  Hasnah..

"Hasnah..kenal aku lg x? Eeee..baby..comel..anak ko ke senah?"

"Ha laa...anak aku..xkan anak kucing lak..ko ni pun..."

Ketawa la ktorg dgr si senah ni bergurau. Mak cik sebelah yg dok jual kuih tercegang tgk si senah ketawa bagai. Aku segih ckit mcm kerang busuk kat mak cik tu..Heee...

"Wah..anak ko dh bape dh senah? Lame xjmp ko kan.." Aku la tny2...Menyiasat...hahaha

"Anak aku dh dua dah. Ha...ko ble lagi yang oi...Aku anak dh dua dh ni."

"Dua? Dua biji mata aku nmpk sorg je ni..Mana lg sorg? Ko biar betol senah.."

"Ada kat rumah dgn bapak dia. Malas aku nk bwk..nnti mcm2 mintaknya..."

"Hahaha...ko ni..ada anak dua2 tu bawak je la..xadil sorg di bwk..sorg ditgl..senah2.."Saja berseloroh dgn si senah.

"Ok la senah..aku balik dlu. Ape2 hal t kol2 la aku eah..." Aku meminta diri utk balik ke rumah n operasi mencari mak..Hahaha..

"Haa..yela2...ha..ko tu jgn lelama sgt..jgn memilih..t kang xkawen2 ko..." Gurau terlampau si senah nmpk...Aku menyengih jer....
...................................................................................................................................................................

Sepanjang perjalanan balik ke rumah...aku termenung jauhhh..jauh smpai negeri china..huhuhu..

Ntahla,berfikir akan kata2 senah td. Ermmm..semua tu kan jodoh. Mungkinkah slh aku sbb menolak jodoh suatu saat dlu. Mungkin itu mmg silap aku. Namun aku jg ada aty n perasaan..

Argghh..dammmnn..Xpela,apepun redha dgn segala ketentuan Allah.. Jodoh,pertemua n perpisahan semua tu kan dh ditentukan. Kt sbg manusia n hambaNYA hny mampu berusaha n melakukan yg terbaik..

Tipulah..sape yg xnk kawen..sape yg xnk bahagia..ye dak...Apepun skrg..tumpuan hanyalah untuk membina kerjaya...Kawen?? nntilah... Ckp jugak dgn mak..ala..muda lagi.. Muda ke? Tgk je mcm budak2 tp umo dh bape..bru 24...ye dak..hehehe.... CHill~~ ^_*
Read more...

Jun 28, 2011

~Harga segulung Ijazah~

Demam mula terasa..bapak tidak boleh melakukan sebarang aktiviti lagi. Dia mula membaringkan diri di atas hamparan tilam di bilik.Suhu badannya meningkat tiba-tiba. Bapak memanggil..

"Ain..tolong ambikkan ais dengan air..tolong 'kompreskan' bdn bapak..bdn bapak panas." luah si bapa kepada anaknya itu.

Ain mlakukannya dengan sepenuh hati. Air matanya mula berlinangan. Berfikir di benak hatinya,adakah bapanya akan 'dijemput' dalam masa terdekat ini. Jauh dilubuk hatinya mengingikan perkara itu berlaku namun jika itu kehendaknya,dia pasti meredhai akan segala ketentuan.

"Ain,nanti kalau bapak dah tak ade,belajar rajin2,kalau boleh sampai masuk U. Bapak teringin nak tengok Ain berjaya. Ain kena jadi seorang cikgu macam bapak. kalau bapak tak dapat tengok Ain berjaya, kat sana kelak bapak pasti akan merasa bahagia dengan kejayaan Ain." Luah si bapa dengan memicit2 kakinya seperti sedang menahan kesakitan yang cuba disembunyikan.

"Bapak..insyaAllah Ain akan cuba jadi yang terbaik.Bapak jangan lah cakap mcm tu. Ain xnak dengar bapak cakap yang bukan2." Ain menahan kesedihan. Namun dia cuba untuk berfikiran positif bahawa tiada apa-apa yang berlaku.

Lantas Ain  menyapu minyak angin pada kaki bapanya. Dia merenung muka bapanya. Dilihat wajah itu...hatinya luluh. Wajah tua itu lah yang disayanginya. Selama ini mak dan bapanya menjadi pendorong semangat untuk dia berjaya. Dia cuba mencari kekuatan menahan air mata dari merembes keluar. Tiba-tiba bapanya mengusap kepala Ain. Lantas air mata tidak tertahan menahan sayu di hati. Ain tidak berjaya menahan air mata itu dari jatuh. Dia hanya tertunduk membisu. Menyembunyikan air matanya.

"Kalau lepas ni bkn bapak yang mengusap kepala Ain, ada orang yang akan lakukannya. Usap kepala anak yatim dapat pahala tau Ain.."

Argghhh...hatinya bertambah sayu. Dia cepat2 mengesat air matanya. Dia segera melihat wajah bapanya. Kelihatan seribu semacam persoalan. Apakah semua ini. 
Dia cuba menenangkan hati.

"Pak...nak ambik air wuduk x? Dah azan asar. Nanti Ain g ambikkan dulu ye" Ain cuba lari dari kesedihan itu.

Ain menuju ke dapur. Dicapainya cerek air serta besen. Lalu dipenuhnya cerek itu dengan air. kemudian dia naik semula ke bilik bapanya.

"Pak...ambik wuduk jom.. Ain dah sediakan air."

Bapa mengesot ke kepenjuru bilik. Bapa tidak boleh berjalan seperti orang lain, kaki kirinya dipotong kerana kencing manis. Sayu hati melihat bapa mengesot, ingin di tolong tetapi tidak dibenarkan kerana bapanya masih mampu untuk melakukannya sendiri katanya. Ain menolong bapanya mengambil wuduk. Air di cerek di tuang perlahan2 bagi membolehkan bapanya mengambil wuduk. Di benak hatinya,andai dia mempunyai kudrat dan kemampuan, ingin sekali dia membina rumah impian untuk bapanya namun dia bersyukur di rumah usang inilah dapat mereka berteduh.

"Ain..bapak dah siap ambik wuduk." tiba2 lamunan Ain terhenti. Agak terkejut dengan sapaan itu.

Bapanya kembali mengesot ke tilam sambil menunggu Ain membentangkan sejadah. Ain mengambil songkok dan membentangkan hamparan sejadah untuk bapanya.

"Ain...nanti kalau bapak dah tak ada...Ain bacakan Al-Fatihah untuk bapak ye nak..Doakan bapak. Bapak hanya akan bawa bekalan doa anak yang soleh dan solehah serta amalan dan pahala je nak..Doakan bapak bahagia sejahtera kat sana ye." Bapa menguntumkan sebuah senyuman. Senyuman itu membuatkan hati Ain terasa sejuk melihat. 

Sesungguhnya begitulah senyuman ikhlas. Jika senyuman itu adalah senyuman yang datangnya dari hati, pasti mampu memberikan kesan kepada yang melihat. Ain memakaikan songkok di kepala bapanya. Bapa kelihatan tenang.

"Suatu hari nanti..Ain hadiahkan bapak 'segulung ijazah' ye nak...Bapak xnak apa2..itu je bapak minta." Bapak mematikan perbualan tersebut dan melakukan solat dengan tenang dan khusyuk. 
Ain tidak mampu berkata apa-apa...

....................................................................................................................................................................

Tahun 2011..

Kini hampir 8 tahun bapak pergi menemui Illahi...
Semoga Bapak ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..Amin~
Maka tanggal 27hb Julai 2011 ini akan dikurniakan segulung ijazah itu kepada anaknya..
Setelah 4 tahun si anak menyulam kasih bersama 'Encik Buku'..maka akhirnya kejayaan diraih.. 
Inilah hadiah  ISTIMEWA HARI BAPA untuk Arwah Bapak Tersayang... ^_^




Gambar hanyalah hiasan semata2..tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun sebaliknya..

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...