Lilypie Kids Birthday tickers

GenGs BloGs

Jun 28, 2011

~Harga segulung Ijazah~

Demam mula terasa..bapak tidak boleh melakukan sebarang aktiviti lagi. Dia mula membaringkan diri di atas hamparan tilam di bilik.Suhu badannya meningkat tiba-tiba. Bapak memanggil..

"Ain..tolong ambikkan ais dengan air..tolong 'kompreskan' bdn bapak..bdn bapak panas." luah si bapa kepada anaknya itu.

Ain mlakukannya dengan sepenuh hati. Air matanya mula berlinangan. Berfikir di benak hatinya,adakah bapanya akan 'dijemput' dalam masa terdekat ini. Jauh dilubuk hatinya mengingikan perkara itu berlaku namun jika itu kehendaknya,dia pasti meredhai akan segala ketentuan.

"Ain,nanti kalau bapak dah tak ade,belajar rajin2,kalau boleh sampai masuk U. Bapak teringin nak tengok Ain berjaya. Ain kena jadi seorang cikgu macam bapak. kalau bapak tak dapat tengok Ain berjaya, kat sana kelak bapak pasti akan merasa bahagia dengan kejayaan Ain." Luah si bapa dengan memicit2 kakinya seperti sedang menahan kesakitan yang cuba disembunyikan.

"Bapak..insyaAllah Ain akan cuba jadi yang terbaik.Bapak jangan lah cakap mcm tu. Ain xnak dengar bapak cakap yang bukan2." Ain menahan kesedihan. Namun dia cuba untuk berfikiran positif bahawa tiada apa-apa yang berlaku.

Lantas Ain  menyapu minyak angin pada kaki bapanya. Dia merenung muka bapanya. Dilihat wajah itu...hatinya luluh. Wajah tua itu lah yang disayanginya. Selama ini mak dan bapanya menjadi pendorong semangat untuk dia berjaya. Dia cuba mencari kekuatan menahan air mata dari merembes keluar. Tiba-tiba bapanya mengusap kepala Ain. Lantas air mata tidak tertahan menahan sayu di hati. Ain tidak berjaya menahan air mata itu dari jatuh. Dia hanya tertunduk membisu. Menyembunyikan air matanya.

"Kalau lepas ni bkn bapak yang mengusap kepala Ain, ada orang yang akan lakukannya. Usap kepala anak yatim dapat pahala tau Ain.."

Argghhh...hatinya bertambah sayu. Dia cepat2 mengesat air matanya. Dia segera melihat wajah bapanya. Kelihatan seribu semacam persoalan. Apakah semua ini. 
Dia cuba menenangkan hati.

"Pak...nak ambik air wuduk x? Dah azan asar. Nanti Ain g ambikkan dulu ye" Ain cuba lari dari kesedihan itu.

Ain menuju ke dapur. Dicapainya cerek air serta besen. Lalu dipenuhnya cerek itu dengan air. kemudian dia naik semula ke bilik bapanya.

"Pak...ambik wuduk jom.. Ain dah sediakan air."

Bapa mengesot ke kepenjuru bilik. Bapa tidak boleh berjalan seperti orang lain, kaki kirinya dipotong kerana kencing manis. Sayu hati melihat bapa mengesot, ingin di tolong tetapi tidak dibenarkan kerana bapanya masih mampu untuk melakukannya sendiri katanya. Ain menolong bapanya mengambil wuduk. Air di cerek di tuang perlahan2 bagi membolehkan bapanya mengambil wuduk. Di benak hatinya,andai dia mempunyai kudrat dan kemampuan, ingin sekali dia membina rumah impian untuk bapanya namun dia bersyukur di rumah usang inilah dapat mereka berteduh.

"Ain..bapak dah siap ambik wuduk." tiba2 lamunan Ain terhenti. Agak terkejut dengan sapaan itu.

Bapanya kembali mengesot ke tilam sambil menunggu Ain membentangkan sejadah. Ain mengambil songkok dan membentangkan hamparan sejadah untuk bapanya.

"Ain...nanti kalau bapak dah tak ada...Ain bacakan Al-Fatihah untuk bapak ye nak..Doakan bapak. Bapak hanya akan bawa bekalan doa anak yang soleh dan solehah serta amalan dan pahala je nak..Doakan bapak bahagia sejahtera kat sana ye." Bapa menguntumkan sebuah senyuman. Senyuman itu membuatkan hati Ain terasa sejuk melihat. 

Sesungguhnya begitulah senyuman ikhlas. Jika senyuman itu adalah senyuman yang datangnya dari hati, pasti mampu memberikan kesan kepada yang melihat. Ain memakaikan songkok di kepala bapanya. Bapa kelihatan tenang.

"Suatu hari nanti..Ain hadiahkan bapak 'segulung ijazah' ye nak...Bapak xnak apa2..itu je bapak minta." Bapak mematikan perbualan tersebut dan melakukan solat dengan tenang dan khusyuk. 
Ain tidak mampu berkata apa-apa...

....................................................................................................................................................................

Tahun 2011..

Kini hampir 8 tahun bapak pergi menemui Illahi...
Semoga Bapak ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..Amin~
Maka tanggal 27hb Julai 2011 ini akan dikurniakan segulung ijazah itu kepada anaknya..
Setelah 4 tahun si anak menyulam kasih bersama 'Encik Buku'..maka akhirnya kejayaan diraih.. 
Inilah hadiah  ISTIMEWA HARI BAPA untuk Arwah Bapak Tersayang... ^_^




Gambar hanyalah hiasan semata2..tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun sebaliknya..

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...