Lilypie Kids Birthday tickers

GenGs BloGs

Dec 12, 2010

CARA2 NAK COVER MALU...


1. kalo tersepak batu: Jangan terus bangun,
sebaliknyer anda baring dan trus berguling-guling
hingga jauh dari perhatian ramai... lepas tu baru
bgn bila takde org nampak..

2. kalo terjatuh beskal: cepat2 naik beskal anda
semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali
supaya org ingat anda saje2 buat lawak...

3. kalo terjatuh tangga: trus bersilat seolah-olah
anda dirasuk atau sedang berlawan dgn makhluk
halus...

4. kalo terjatuh dlm longkang: pungutlah sampah
yg ada sambil marah2 dgn suara yg kuat, pasti org
menyangka anda seorang yg amat prihatin
terhadap kebersihan... .

5. kalo jatuh ketika nk naik bas: jeritlah kuat2.."oi!
apa tolak2 ni?"walaupun tiada org di blakang
anda... .

6.kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat2
pengsan sehingga ada org membantu anda..kalo
takde..baring trus sampai mlm dan takde org lagi
kt busstop tu... haa... ni lah masa sesuai utk
bangun semula... .

Read more...

Jika kamu memancing ikan….


Setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang…..

Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…

Jika kamu menadah air biarlah berpada……

Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi…

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya…..

Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu….. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal…

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu.

Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal……







Read more...

Dec 10, 2010

3hb 12 2010…

3hb 12 2010….

Ary nie merupakn ary jumaat….ary last aku menduduki peksa di upc….hahaha….yea2…merdeka… ^_^
Maka dgn e2 tamatlah pengajianku di upc selama 3thun stgh dlm Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni…
Hehehe….Alhamdulillah…syukur ke hadrat Illahi….
& maka dengan itu akan bermulalah kehidupan baru aku slps nie…aku akan berhdpn dgn dunia luar yg dah tntunya makin mencabar & pnuh cbrn…right? Hurmmmm..takot
Ciegu? Yup…aku akan jd ciegu pas ni…. Btol ker..? mcm xcye jerk an…
Leh ke? InsyaAllah aku pasti blh….^_^….
Buang yg keruh..ambik yg jernih….
Smoga apa yg berlaku akan berakhir dgn kebaikan kelak….
Ya Allah..aku memohon bantuan dariMU Ya Allah….. Aku memohon perlidungan dariMU Ya Allah….
Amin… ^_^

Read more...

Nov 30, 2010

Muhasabah...T_T

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astraYou’re the only one that showed me
the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way


:: Insyaallah _ Maher Zain ::

Read more...

Nov 27, 2010

Kdg2 Allah sembunyikan matahari....Dia dtg kn petir dan kilat.. kita tertanye2 kemane hilang nye matahari.. rupa2nye Allah memberikan kita pelangi....


Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada.
Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.
Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan.
Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.
Pernahkah sekali kita memahami alam?
Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?
Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang? 
Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.
Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?
Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?
Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?
Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?
Jawapannya.........
_________________________________________________________
Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan. 

Read more...

Hati Kita...


Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita.
Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita.



Read more...

Siapa Yang Cantik???


Siapa yang cantik? Awak cantik? Saya? Atau dia?
Kalau di Bollywood mungkin kata mereka, Aishwarya Rai yang tercantik, atau di Hollywood, Paris Hilton adalah cantik pada pandangan mereka dan mungkin juga di Malaysia, Fasha Sandha yang tercantik.
Siapa agaknya yang dapat memberi definisi dan ciri-ciri tepat tentang apa yang dikatakan sebagai 'cantik'?
Cantik adalah sesuatu yang sangat subjektif. Setiap orang mempunyai definisi kecantikan masing-masing.
Mungkin bagi saya, cantik adalah begitu dan begini, tapi bagi anda, lain pula.
Tiada siapa dapat memberi definisi tepat tentang cantik.
Mata lah yang akan mendefinisi cantik. Namun kini, pada pendapat saya, barat sudah pun mempengaruhi definisi cantik pada dunia dan hampir seluruh dunia memakai definisi cantik barat.
Kadang kala, cantik juga didefinisi mengikut tempat, kaum dan budaya.
Kalau di barat sekarang, the thinner the better, tapi berbeza pula di Mauritania, Africa, the bigger the better.
Orang di barat berperang dengan aneroksia dan bulimia akibat mahu kurus, sebaliknya di Mauritania, wanita mengamalkan 'makan paksa' sejak berumur 5-6 tahun untuk gemuk, agar menjadi cantik dan mudah mendapat jodoh.
Sungguh berbeza kan? Definisi kecantikan yang sungguh berbeza.
Ataupun, ada juga yang sanggup melakukan pelbagai cara yang pada pandangan kita pelik dan tidak masuk akal tetapi pada mereka, itulah cantik!
Satu kaum di Thailand menganggap leher panjang itu cantik, lantas sejak dari umur 5 tahun lagi, mereka sudah dipakaikan gelang logam di leher agar leher mereka akan menjadi semakin panjang dan panjang dan panjang justeru mereka cantik dan mudah mendapat jodoh.
Di Sarawak pula, suku kaum Oran Ulu menganggap telinga panjang itu sangat cantik pada mata mereka, lagi panjang, lagi cantiklah seseorang wanita itu pada pandangan mereka.
Tapi kini, generasi muda sudah tidak lagi mengamalkan amalan ini. (Mungkin sudah terikut-ikut definisi cantik barat..hmmm)
Perlukah jadi cantik?
Di Mexico, kaum wanita menghabiskan separuh dari gaji mereka untuk kecantikan seperti ke salun, malahan ada juga pakej bayar secara ansuran untuk pembedahan plastik.
Atau di Iran, pembedahan hidung sangat popular di sana.
Wanita Iran sanggup berkorban wang ringgit demi mendapatkan hidung yang diidam-idamkan lantaran kata mereka, hidung mereka besar.
Tetapi saya tertanya-tanya juga, bukankah mereka Islam dan Islam melarang pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan? Wallahualam.
Bayangkan betapa wanita-wanita ini mahu kelihatan cantik.
Betapa pentingnya menjadi cantik pada seorang wanita itu.
Macam-macam sanggup dikorbankan, wang ringgit, masa, kesakitan yang perlu ditanggung demi cantik, bahkan, hukum agama pun sanggup dilanggar demi cantik.
Tidak kisahlah perbuatan mereka dilarang agama, janji mereka kelihatan cantik. Plastic surgery,Botoxliposuctiongastric bypass sekarang bermain di sekitar hidup wanita demi cantik.
Walaupun mereka sedar akan kesan sampingan perbuatan ini, semua itu ditolak tepi, demi CANTIK.
Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.
Kata mereka, apabila diri terasa cantik, barulah mereka ada keyakinan diri.
Saya juga bersetuju dengan ini, tetapi bukanlah sampai sanggup berkorban segalanya demi cantik.
Allah suka akan kecantikan, tetapi bukan lah sehingga mengubah ciptaanNya.
Tambahan lagi, mereka yang ekstrem mahu kelihatan cantik ini, bukanlah mahu kelihatan cantik di mata Allah, tapi di mata manusia. Semuanya dilakukan agar kelihatan cantik pada manusia dan agar mendapat tempat di hati manusia.
Dulu sewaktu kecil, saya juga suka kelihatan cantik.
Kalau baju pink, maka seluruh badan perlu pink termasuklah sepit dan pengikat rambut. Tapi kini, saya bukan perempuan yang obses cantik, kerana pada saya, cantik bukan sekadar di wajah, tapi cantik itu dari akhlak dan keimanannya kepada Pencipta.
Cantik akan pudar walau cuba dipertahankan, tapi akhlak itu hiasan yang kekal pada diri seorang wanita.
Wanita yang cantik akhlaknya, maka cantiklah luarannya.
Tiada guna mempunyai wajah seindah bidadari kerana satu hari nanti, kita cuma akan menjadi tengkorak yang menakutkan.
Bukanlah tidak perlu menjadi cantik dan perlu mejadi buruk sedangkan Allah menyukai kecantikan, tetapi, biarlah cantik itu kerana Allah, dan definisi cantik itu juga perlu sesuai dengan Islam.
Janganlah sanggup melanggar larangan agama demi kelihatan cantik.
Perbaikilah akhlak diri sekaligus, anda akan kelihatan cantik pada pandangan Allah dan pandangan manusia.
Bersyukurlah dan berpuas hati lah dengan kurniaan Allah kepada kita, dan gunakan ia sebaik-baiknya hanya keranaNya.

Read more...

Nov 23, 2010

Aku aderlah aku....

di sini aku berpijak...di bumi yang nyata....
aku aderlah aku...bkn sape2...
aku harus menjadi diri aku yang sendiri...


2 hari aku bercuti ke melaka...
aku berjaya menenangkan hatiku yang gundah gulana...huhuhu...
di ctu aku bermuhasabah dan mencri siapa aku sebenarnya...
aku menilai diri sendiri....mencari apa yang aku mahu dan apa yang aku cari selama ini...


aku cuba menyelami hati sendiri...
apa yang hati ku mahu..
apa yang diri ku mahu...
ape yang aku mahu aderlah dri aku sendiri..
aku xperlu berubah kerana orang laen...aku harus menjadi diri aku yang sebenarnya..
aku perlu menjaga hati aku dlu sblm aku menjaga hati orang lain..


Read more...

Nov 21, 2010

Bersediakah aku..?? jeng3~~~

Bersediakah aku??
bersediakah utk menjadi seorang guru..?
argghhh..semua itu harus ku tempuhi dgn pnuh kesbrn...
keletah anak2 murid yg sudah tentunya pnuh dgn ragam bicara...
kenakalan dan mcm2 lagi....owh...Tuhan...bantulah hambaMu ini....
lagi berapa bulan je lagi utk aku melangkah ke dalam situasi yg sebenar..
di sekolah?? ye..sudah tentulah...haip...takot2...
huhuhu
namun ku harus tempuhi jua... ^^
Read more...

Nov 19, 2010

Impian aku di suatu masa....

aku punyer impian di mana stiap org juga mmpunyai impian...
impian aku ingin berjaya di dunia dan akhirat....
namun di saat ini impian ku aderlah..ingin memiliki.....



inilah benda yang ingin miliki....my 1st gaji...aku nk beli ni..huhuhu..
leh x ek..? leh2...insyaallah...hehehe...
mesti kena bebel kat mak t..kekeke...
xpe..aku nk beli gak...teringin giler beb...
hehehehe...insyaallah aku cuba utk memenuhi impian aku....
cah...cayok2!!! u can!!!





Read more...

Pusara Ayahanda....

17/11/2010...


Bertarikhkan pada ary itu...aku menziarahi pusara ayahanda tersyg...bersama adik dan sahabatku afeiyza...
sudah lama rasenya hasrat ingin menziarahi pusara ayahanda tidak tercapai...
akhirnya...bertarikhkan pada hari raya aidiladha yang pertama aku menjejakkan kaki ke pusara ayahanda..
begitu hening pagi itu...
sayu menyelubungi hati ini bagai dicengkam rasa rindu terhadap insan bergelar ayah...


aku berjalan dan terus berjalan...
terus menuju ke pusara ayah....
begitu tenang dan aman ku rasakan berada dipusaranya...
rindu yang bertandang di hati bagaikan sedikit terubat bila melihat batu nisah yang berdiri tegak menandakan itulah pusara ayahanda tersygku....
ayah..anakmu datang....


sesungguhnya aku teramat merinduinya...
merindui dirinya yang selalu mamberikan kata-kata semangat buatku untuk meniti hari-hari yang mendatang...
merindui usapan dikepala oleh ayah kepada anaknya...
merindui kasih sayang ayah....
namun..ku harus redha akan pemergiannya kerana Allah lebih menyayanginya....
Ya Allah...Engkau terimalah ayahku di sisiMu...
tempatkanlah ayahku di dalam syurgaMu ya Allah..aku mohon kepadaMU...
amin....
Read more...

Nov 6, 2010

Apa yang perlu aku lakukan hari ni.....

owh..pepagi dh rindu nk type kat entri...huhuhu..
mklumlah pas ni mgkn ssh nk online..dok kg broadband slow....ngeee...
n dok kg xnk la capai2 tenet ni...nk spend time dgn fmly tersyg...
lme gler dh aku xlek kg..rindu kat mak..n rindu kat budak2 busyuk...(anak2 sedara aku ler)...
ish..ble igt dak2 busyuk tu aku jd kerinduan yg amat sgt..xkeruan jdnya....


nila ank2 sedara aku yg comel n nakal2 semuanya...rindu diorg sesgt..huhuhuhu..
mcm rindu kat anak dh...ngeee~~~ sbr ek..jap g tatam balik nk belasah korg..hhehehe...blussshh2~ ~ ~..

Hari ni nk wat pe ek..? today is sunday....so happy holiday.... tp bosan weh nk wat pe weekend mcm ni...
kuar dating? dgn sape....ish3.... 
jejalan? ish....wit xdop.....
merayau? aku bkn kutu rayau.....
tido? hey...tido jer...td mlm dh tido cukup...
kacau org? oyeahhh...gud idea....tu mmg hobi aku....tp kwn aku yg melatah dh lek kg...xleh dh nk kacau dia..lau x aku la org pertama yg kacau dia..hahahahaha..jht2...+_+..

bgun2 pg....solat subuh....pas tu smbg tido balek....nk g joging? ish...mls n takot sbb akt tmn dh xramai org...kang xpasai2 de org cekup aku...huhuhu..seram....
bgun tido lg....basuh baju....jemur baju....bfast? jdla ayaq milo n biskut munchys...yummy...
b then..bkk fb jap....n of course g kat entri aku jap...menaip pe yg ptot....
n then smbg tgk cter HANAKIMI....td mlm tgk xhbs...cter yg tgk aku..hahaha...
tido awai aku td mlm...ngantok n pnt....tp td mlm syok..
memalam aku dgn romate aku fiza leh lak lapo mlm2 bute...pe lg....g dapur n goreng ayam..
hahahaha..mlm2 buta mkn ayam goreng...sedap sbb spicy smbil mengeluarkn ayaq mata pds dier...huhuhu..

lunch? jap2 g nk g lunch la...takot lak kafe xbkk...
lau xbkk kena la terjah kedai kak ida kat depan tmn nun...bab lauk dia leh la thn sbb ada smbl belacan...hehehe..tu la penaik selera mkn aku..kan3...org melayu....
klu ader timun..perghhh..lg sodap beb....
lauk pauk dia byk gak choice...murah pun murah pe...bolehlah thn...
pas ni jrg dh nk mkn lauk pauk perak...sob3....sedih lak rase nk tglkn upsi ni...haisshh...tp kena gak...
idop aku pas ni semakin mencabar....cikgu?
haippp! mampu ke aku melaksanakan tugas sbg seorg guru...? jeng3...
mampu x mampu mmg dh wajib kena wat...snn awai taun dpn dh kena g sekolah praktikal...aduss...
seram sejuk aku beb....
telatah anak murid??? of course la mcm2 ragam...nakal?? mungkin byk....yuuuwww....excuse me...aku really sgt2 takot....hahahaha,,,mak....help me....+_+....
ape aku nk bwk g sekolah??? dh tentu ilmu tuk ank2 murid aku...
lau xmcm ne nk ajar diorg...ye dak.....
haisshhh..seram weh.....bkn sng nk ajar ank org...diri sendiri pun x terajar...hahahhaa..
gelak2....cikgu kecik tu la gelran tuk aku di upsi ni....
uwaaa...rindu bersarang di hati pd kwn2...sob3.....
xpela..nk wat cm ne..msg2 kena teruskn perjuangan...
xpe....exam t kn jmp g...n mybe tu last jmp mereka semua...sob3.....





inilah semua kwn2 aku di upsi...terasa bhg2 rindu kat mereka...
di cni aku bersama mereka slm 4 thun...mcm 2 ragam..mcm2 pengalaman...n kenangn..
semua nya besh...
wlupun ader yg pnh gadoh or terslh sngka...tp gelaran frenz 4 ever...xkn pnh pdm dr ingatan aku...
sayang kamoo semua ^_^...
bg kwn2 yg bkn 1 kos..aku juga sygkan mereka....terutamnaya piz ger...my best n beloved frenz... kamu aderlah yg terbaek..^_^...
huhuhu..sedih2 lak yerk aku ri ni..huhuhu
k la...smbg g len kali ek..nk kemas umah la....
cau cin cau...daaaaaaaaaa......@_@




Read more...

Hari Ini...

Today....
Aku berjalan2 dipekan bersme2 kwn2...
yela..org smua dh lek kg..sebok g nak dok tjg malim ni lg...huhuhu..
maklumlah nk lps rindu puas2 kat tjg malim ni sblm balik kg n menamatkan study kat upsi ni...
terasa amat2 syg nk tglkn tjg malim yg dh byk berikan aku ilmu yg amat berguna utk aku dmase hdpn...
terutamanya lecturer2 kesygn yg sudi menjadikan dak nakal ni..jd baek kot...huhuhu

Ri ni aku berjalan ke pekan..
melihat gelagat org ramai sbb aku ske memerhatikan gelagat org...
smua org byk ragam...kdg2 tergelak melihat keletah mereka yg sengaja berseloroh menunjukkan aksi...
kerna msg2 punyai peragai sama ada baek atau sebaliknya...
yg sebaliknya of course la nk sembunyikan..yg baek ..thumbs up nk tnjuk...huhuhu..
manusia la kan..sama la mcm aku kot..hikhikhik...

Xde keje punyer pasai..g la window shopping...juz cuci2 mata...sbb wit xde...hukhukhuk...
tu jela hobi yg best selain hobi menankap gmbr...
dslr? ooo..xbeli g..xmmpu g..tgu dah keje....t gaji pertama nk beli dslr...huhuhu...insyaallah...
smoga tercapai...jd camera woman? huhuhu..maybe la kot...juz hobi lehla...
nk dikata ape kalau dh minat kan...tol x?




ini aderlah koleksi pic yg aku snap n edit..huhuhu...xleh jd pakar g kot...
nnti2 ok la tu...leh blaja g..insyaallah...

harapan aku hny 1...aku ingin smbg balja lg pas ni...insyaallh  my master...n mybe kat Jepun..
leh ke mak aku bg ek...dh la anak mak..huhuhu
xpela...xbg its ok bab restu ibu tu lbh pntg dr segalanya....
dh ar..ngantok nk celoteh...
next time smbg g ek...
daaa.....^_^

Read more...

Sayembara hati....

Kembali meraut wajah kusam di hdpn cermin..argh...inikah...
perlu snyum aisyah....senyum tu 1 sedekah..
perlu senyumkah? kmbali bertnya....
perlu..sbb senyum tu akan watkan hati kt riang gembira....dan org yg melihatnya akan tersnyum indah utk kt...
xperlu pk kan yg lps..sbb yg lps hny akan mmbuatkan kt bermuram durjana...
ingat pd yang SATU....
hny pdNYA aku merintih memohon simpati....sedikit kekesalan di benak hati bhw aku terlalu alpha akan aku memerlukanNYA...

NEVER LOST UR HOPE...COZ ALLAH ALWAYS BY UR SIDE...
aku pgg kata2 itu shgga skrg..kerna aku tahu dan sedar bhw kesusahan dan kesngn hny permainan duniawi...
kebahagiaan di dunia hny pinjaman oleh Allah kpd aku...
aku harus bersyukur bhw Allah tlh meminjamkan aku sekejap kebahagiaan itu wlupn pd hakikatnya kebahagiaan itu amat bermkna utk aku....
bkn smeua org dpt merasakan kebahagiaan itu namun aku harus redha dan bersyukur kerna msh diberikan sdkit kesempatan utuk merasakn kebahagiaan itu...

bahagia? ya..aku bahagia bersama familyku...mereka sumber inspirasi...
aku sygkn mereka yg amat2 sgt....merekalah tulng blkg aku...
tnp mereka aku akan goyah seperti lalang yang akan di tiup..ke kanan...ke kiri...dan kekanan lg...tnp berehenti mengikut arah angin yg pastinya xkan mmberi hrpn bhw ia akan tegak lurus....
begitu juga dgn diriku yg sentiasa goyah tnp arah angin yg tegak menunjukkan aku berpendirian teguh..
TETAPKANLAH HATIKU....

aku bukanlah sempurna kerna aku pnyer perasaan...
perasaan pd sseorg yg aku syg...
namun...kesetiaan aku diracuni dgn kecurangan dan permainan hidup yg mmbuatkan aku jatuh dan terus jatuh terjelopok di hamparan yg penuh dgn duri kesakitan...
arghhh..sakit....
namun aku harus berterima ksh pdnya sbb memberikn aku peluang utk merasa bahagia...
semoga hatinya xkan di sakiti sprti dia menyakiti...

aku harus mnutup pintu hrpn itu...
aku harus buka utk yg laen...kerna aku juga mahukan kebahagiaan...
namun bayangan itu sntiasa muncul kerna syaitan itu jahat..dan akan sentiasa meracuni fikiran anak-anak adam...kerana syaitan berjanji akan menghapuskan anak-anak adam dan akan menjadikan mereka kwn di neraka kelak...subhanallah....

aku harus bangkit dari pengharapan palsu itu...
ya aisyah...jgn pndg blkg....huhuhu..(mcm movie lak) huhuhu..
sory berseloroh...
ya aisyah...dont lost ur hope....bangkit dan terus bangkit....
berterima kasih pdnya sbb memberikan peluang dan ruang utk hidup dan terus menghirup udara segar di dunia ini...alhamdulillah....

dlm benak aty berfikir...knp aku perlu berharap pdnya kemabli sdgkn aku tahu aku harus pergi dari hidupnya...
mgkn kerna kenangan sbb kenangan itu indah..arghhh...persetankan semua itu..
aku harus bangkit dan bersemangat!
yes..i can do it!
go go cayok aisyah!!
Read more...

Nov 5, 2010

Perlukah Menjadi Yang Sempurna?

diri ini kembali menerjah di tgh2 mlm...
mood mnulis mula mmbuak2 kerna kerinduan utk mnulis di blog...huhuhu..
idea semakin mmbuahkan hsil utk terus mnulis dan mnulis mgkin kerna merasakn jiwa ini kosong...
perlu di isi dgn ssuatu...kalimah Allah dan zikir kasih pdNYA..subhanallah...
mampukah diri ini menjadi sesempurna itu?

pertanyaan itu kemabli berpaut di benak hati dan naluri bertapa alfanya aku pd pengharapan yang satu...
aku meniti di jalan dan titian harapan yg x mungkin mmpu aku gapai sdgkn aku harus melaluinya..
sekian lama aku merasakn yg aku byk ketinggalan dlm mengejar harapan yg palsu semata..
namun aku harus sedar dan trm dgn kenyataan harapan itu...
aku harus terima ketentuanNYA...
sekian utk itu..

aku ingin menjadi yg sempurna utkNYA..mampukah aku..?
aku harus mencari dan mncari di mana terletaknya kesempurnaan seorang wanita...
wanita yg solehah...
aku perlu melaluinya dgn hati2 dan ketabahan yang kuat...
kekuatan itu aku ingin capai dari tulang rusuk kaum adam yg mampu membimbingku utk meluruskannya setelah sekian lama bengkok...

pada pengharapan itu aku tegar andai jika aku dikurniakan dgn kehidupan yg sederhana tp mampu utk membina dan mmbantu...
pada pengharapan itu aku mengharapkan keredhaannya...
aku cuba utk bangkit dr kesilapan masa lalu yg mungkin aku rasekan aku seringkali lalai..
aku harus melupakan apa yg tlh terjdi...dan memulakan hdp baru dgn lbh aman dan bahagia tnp dirinya...
aku harus!
terima kenyataan dirinya x seindah kebahagiaan....^_^
Read more...

Kembali Lagi..

Hari nie...aku kembali menulis lg n lg....huuhu
setelah sekian lme mmbizikan diri yg sntiasa bizi ni..aku kembali smula menulis di blog ini..
dgn hary2 yg smkin kelam..aku cba utk gagahkan diri berpijak di bumi yg nyata ini..
di sini aku kembali mmbina harapan pd diri yg semakin goyah..

semakin lme..aku merasakn diri ini smakin diperslhkn n dpergunakan oleh mereka yg sentiasa mncari slhku..
hnya pdNYA aku berhrp dan berdoa agar aku dikembalikn pd pengharapn yg benar...
aku mencuba dan trus mncuba mjdi yg lbh baek..
aku mncuba dan trus mencuba mjdi yg hakiki drpd ilusi...
kerna ilusi tu hny meyakitkan haty dn menerjah menusuk perasan aku..

kali ini aku cbe mengagahkan diri utk trus melangkah..pd pengharapan yg palsu..
namun aku harus surrender yg aku xmampu sbb dia bkn milik aku.,..
aku harus trus mencuba utk melupakan bhw aku xharus mnjadi pihak ketiga,,,
wlupn pd dasarnya aku pasrah pd pengharapan yg palsu...
sekian utk perasaan itu...argghhh...kiciwa2...

sedih mula bersarang di haty..tatkala aku di slh ertikn...
kerna aku tahu mereka hny mentertawakan aku dan begelak senda dgn kesedihan ini
Ya Tuhan....Engkau rahmatilah mereka...amin...
Read more...

Oct 19, 2010

Dimanakah Cantiknya Seorang Wanita~~~

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.
Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.

Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.
Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. 
Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.
Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.
Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.
Anda ingin lebih cantik dan menarik?
# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
# Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
# Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.
# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.
# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."
# Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."



Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...